admin

Redha

Filem yang membawa perubahan dan kesedaran. Tonton filem ini bermula pada 14 April 2016 di pawagam berdekatan anda sebagai tanda sokongan membantu kanak-kanak AUTISM. Setiap pembelian tiket di GSC, RM1.00 adalah sebagai sumbangan. Berhibur sambil menderma… ‪#‎redhamovie‬

Terima kasih kepada ahli-ahli PFM yang menghadiri AGM PFM ke 34

Terima kasih kepada ahli-ahli PFM yang menghadiri AGM PFM ke 34

 

Tambah baik Skim Wajib Tayang

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menegaskan tidak akan memansuhkan Skim Wajib Tayang sebaliknya membuat beberapa penambahbaikan terhadap syarat sedia ada.
Pengerusi Jawatankuasa Wajib Tayang Finas Zahrin Aris berkata, penambahbaikan itu membabitkan pemilihan saiz pawagam dan penambahan bilangan tayangan filem baru dalam sehari.
“Penerbit filem tempatan bebas memilih pawagam besar atau kecil untuk tayangan filem baru. Pada masa sama, filem itu perlu mencapai jumlah penonton sebanyak 15 peratus selama empat hari berturut-turut untuk terus kekal di pawagam.
“Selain itu, pihak pawagam turut bersetuju untuk menaikkan jumlah tayangan filem baru tempatan daripada empat kali kepada lima kali sehari,” katanya.
Beliau berkata, pembaharuan syarat itu akan berkuatkuasa pada bila-bila masa dan bertujuan mempertingkatkan kualiti filem tanah air.
Beliau berkata demikian berikutan timbul kekeliruan dalam kalangan penerbit filem sebelum ini apabila ada laporan media mengatakan Finas akan memansuhkan Skim Wajib Tayang.
“Finas tidak boleh sesuka hati berbuat demikian kerana skim itu masih relevan kepada industri filem tempatan,” katanya.

Boboiboy penanda aras animasi, sasar RM15 juta

Kuala Lumpur: Filem Boboiboy The Movie mencipta sejarah apabila menjadi filem animasi Melayu pertama yang berjaya mendapat kutipan pecah panggung RM8 juta selepas 11 hari ditayangkan.
Filem arahan Nizam Razak, terbitan Animonsta Studios dan edaran Primeworks Studios itu mula ditayangkan di seluruh negara dan Brunei sejak 3 Mac lalu turut mengatasi kutipan filem animasi Melayu iaitu Seafood (RM2.4 juta) dan Geng Penggembaraan Upin Ipin (RM6.31 juta).
Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) Tengku Iesta Tengku Alauddin berkata, pihaknya tidak menyangka atas sambutan yang diterima terhadap filem itu sangat menggalakkan.
“Alhamdulillah atas sambutan yang diterima. Apabila saya sendiri turun padang untuk membawa anak-anak menyaksikan filem berkenaan berlaku keadaan ada kanak-kanak yang menangis apabila tiket habis dan dia tidak dpat menonton filem berkenaan.
“Malah ada juga penonton yang datang membeli tiket untuk tayangan hari ini terpaksa membeli untuk esok berikutan semua tiket sudah habis dijual,” katanya.
Iesta berkata, atas sambutan menggalakkan yang diterima itu pihaknya berharap lebih banyak panggung dapat dibuka untuk orang ramai.
“Insya-Allah jika keadaan mengizinkan kami menyasarkan kutipan sebanyak RM15 juta sehingga akhir minggu depan,” katanya.

Movie Animation Park Studios Bakal Dibuka Di Ipoh, Perak

Movie Animation Park Studios yang terletak di Ipoh, Perak merupakan teman tema animasi yang pertama di Asia. Dijadualkan pembukaannya pada Julai 2016 ini, ia merupakan taman tema yang sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Dengan anggaran kos sebanyak RM450 juta, taman tema ini akan menambah satu lagi pilihan buat rakyat Malaysia dalam memilih destinasi percutian mereka kelak.

Top 10 Malaysian movies 2015

Top 10 Malaysian Movie 2015 base on Box-Office collections:-

1. POLIS EVO
2. MY PAPA RICH
3. SUAMIKU ENCIK PERFECT 10
4. VILLA NABILA
5. CICAKMAN 3
6. PILOT CAFE
7. JWANITA
8. JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN
9. HANTU BUNGKUS IKAT TEPI
10. KERANDA TOK WAN TERBANG

Mat Moto

Filem Mat Motor adalah sebuah filem pengembaraan dan aksi yang mana mengisah akan perjalanan mat moto yang merentasi beberapa negeri di semenanjung Malaysia untuk memberi kepuasan kepada jiwanya. Disamping berkongsi tentang realiti kehidupan sebenar pengguna motosikal yang selama ini kerap dipandang serong oleh masyarakat. Antara negeri yang di kunjungi adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tayangan di pawagam pada 14 Jan 2016 #matmoto

Tahniah kepada KRU Studios…

Filem animasi malaysia “The Rabbit” terbitan KRU Studios telah menembusi pasaran antarabangsa Hungary dan Romania..

MUNAFIK

Memahami erti MUNAFIK… ‪#‎munafik‬