JOM WAYANG –

Kepada Kesemua Rakan Rakan Sekalian sudah menjadi pengetahuan umum bahawa sejak kebelakangan ini kutipan daripada Filem Filem tempatan kita dan industri Filem secara am kita sedang Merudum dan baru baru ini kita pula mendengar berita bahawa salah sebuah Filem Malaysia mendapat kutipan yang sangat lemah sehingga hanya Sepuluh Ribu ringgit untuk 5 hari tayangan. Tapi saya percaya Industri jika disokong boleh membangun semula jika kita bersama sama bergading bahu dan menyokong filem tempatan, oleh itu dengan inisiatif saya sendiri saya melalui Kafe Skrin, kami dengan Hormatnya Melancarkan Kempen Terbaru Kafe Skrin iaitu “Jom Wayang” dimana kami memohon agar semua rakyat Malaysia kembali ke Panggung Pangung Wayang dan Menyokong Filem Terbitan Malaysia agar dapat membantu untuk memantapkan kutipan hasil jualan dan mengembalikan industri kita untuk bergerak semula untuk kembali menerbitkan lebih banyak filem filem untuk hiburan kita pada masa akan datang. Saya Memohon agar semua rakyat Malaysia menunjukan sokongan padu ini dengan memuatnaik gambar atau video melalui laman sosial media seperti instagram, twitter, facebook dan lain menyokong dengan bergambar dengan tiket filem tempatan terbaru atau mengunjungi panggung wayang berdekatan untuk menyokong filem Malaysia dan mengembalikan kegemilangan industri Filem Negara. ‪#‎Jomwayang‬ ‪#‎filemkita‬ ‪#‎kafeskrin‬ ‪#‎finas‬

About Author

Connect with Me:

Theme Settings