Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada ke semua ahli PFM yang telah memberi sokongan terhadap saya sebagai Presiden PFM bagi sesi 2019-2021. Demi meneruskan perjuangan Industri Perfileman Tempatan, bahawa hala tuju, tumpuan dan keutamaan yang akan saya tetapkan adalah lebih kepada inisiatif menarik pelabur bagi kandungan filem dan televisyen, perlindungan hak cipta serta akses pasaran. Inisiatifini telah pun dilaksanakan, kini sudah mula menampakkan hasil dan jalan penyelesaian walaupun mengambil sedikit masa bagi merealisasikan objektif kita.

Sukacitanya memaklumkan bahawa PFM telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari pelbagai pihak khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Kewangan (MOF), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta penyiar-penyiar televisyen swasta seperti Astro dan Media Prima yang memahami aspirasi dan halatuju PFM.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua Ahli Jawatankuasa PFM, pihak pengurusan serta ahli-ahli PFM yang telah secara sukarela mengorbankan masa dan menabur jasa bagi menjayakan pelbagai inisiatif PFM demi kepentingan ahli dan industri secara keseluruhannya

Sekian, terima kasih
PANSHA
Presiden
Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)
Sesi 2019-2021