Persatuan Penerbit Filem Malaysia atau lebih dikenali sebagai PFM adalah persatuan perdagangan (‘trade association”) yang telah ditubuhkan sejak tahun 1981 dan sebuah badan Non-Profit Organization (NGO) yang mewakili industri penerbitan Filem, TV & Digital Media yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

“PFM memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju dan menjaga kepentingan Industri Perfileman dan Kandungan Kreatif Malaysia”

PFM sering bekerjasama dengan pihak Kerajaan Malaysia dalam memberi input bagi membentuk dasar-dasar pembangunan Industri Perfileman Tempatan seperti “Skim Wajib Tayang”, “Pemulangan Duti Hiburan”, pembentukan “Dasar Perfileman Negara” pada tahun 2005 dan “Dasar Industri Kreatif Negara” pada tahun 2013. Majoriti pelabur dalam Industri Perfileman Tempatan adalah terdiri dikalangan ahli PFM seperti Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios, Metrowealth Pictures, KRU Studios, Les’ Copaque Production, Pesona Pictures, Red Films dan mempunyai pegangan pasaran (“market share”) melebihi 90% dari kutipan Box Office.

Bagi menyokong terus pembangunan industri tempatan, PFM telah mewujudkan sebuah syarikat Permodalan Penerbit Filem Malaysia Bhd (PFM Bhd) 100% anak syarikat PFM yang berentiti komersil untuk menjana pendapatan dan mentadbirkan dana bagi kepentingan ahli-ahli PFM.

PFM Bhd telah diberikan mandat untuk membuat pelaburan-pelaburan strategik serta menguruskan dana khususnya bagi penerbitan kandungan filem dan televisyen terbitan ahli-ahli PFM.

VISI
“MEWUJUDKAN DAN MENGEKALKAN INDUSTRI PERFILEMAN TEMPATAN YANG LEBIH MANTAP, PROFESIONAL DAN PRODUKTIF DI MALAYSIA DENGAN REPUTASI ANTARABANGSA UNTUK KECEMERLANGAN”

MISI

  • Menyatukan tenaga serta usaha aktif ahli PFM di bidang penerbitan filem cereka kebangsaan Malaysia untuk tayangan di pawagam.
  • Menyatukan tenaga serta usaha aktif ahli PFM di bidang penerbitan kandungan kebangsaan Malaysia untuk siaran di televisyen dan pelbagai platform media sedia ada dan yang akan wujud pada masa hadapan.
  • Menggalakkan ahli PFM meninggikan taraf dan mutu dalam pelbagai jurusan penerbitan dan perusahaan perfileman dan kandungan berasaskan amalan terbaik industri dengan mengambil kira Dasar Perfileman Negara.
  • Menjadi perantara dengan Kerajaan atau mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan berkaitan dengan aspek pembangunan dan kemajuan industri.
  • Menjaga kepentingan dan integriti ahli dan PFM.
  • Meninggikan taraf kesenian dan kebudayaan Malaysia khususnya melalui media perfileman dan kandungan, antara lain dengan cara menganjurkan festival dan pasaran filem peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menggalakkan dan meninggikan taraf kemahiran karyawan perfileman dan kandungan Malaysia.
  • Menjadi bahan penyelaras yang diiktiraf Kerajaan Malaysia di antara syarikat perfileman dan kandungan dalam dan luar negara yang ingin mengadakan aktiviti yang ada kaitan dengan industri perfileman dan kandungan di Malaysia dengan ahli PFM.
  • Mendapatkan kemudahan dan prasarana daripada Kerajaan/Agensi bagi kepentingan ahli PFM serta industri perfileman dan kandungan Malaysia.
  • Mendapatkan kemudahan dan prasarana daripada Kerajaan/Agensi bagi kepentingan ahli PFM serta industri perfileman dan kandungan Malaysia.
  • Menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak lain yang mempunyai tujuanyang sama dengan PFM.