Sebab Menyertai / Reason to Join

  1. Rangkaian / Network

Salah satu faedah utama menyertai keahlian PFM adalah rangkaian rakan penerbitan di dalam industri kandungan filem dan televisyen, bukan sahaja menghadiri mesyuarat agung tahunan PFM tetapi anda juga layak untuk menghadiri majlis berkaitan industri. Di sinilah anda berkongsi minat, idea, masalah dan kebimbangan mengenai industri.

2. Menyelesaikan Isu Industri / Solve Industry Issues

Bawa isu industri anda ke saluran yang tepat melalui PFM, anda akan kagum dengan keupayaan proaktif organisasi ini.

3. Mempengaruhi Isu Industri / Influence Industry Issues

PFM adalah suara industri yang professional dan berkesan. Hubungan rapat kerjasama dengan Kementerian/Agensi Kerajaan Malaysia lebih mudah memberi peluang kepada anda untuk mengusulkan cadangan perubahan dasar-dasar baru untuk pembangunan industri.

4. Pemasaran Kandungan / Film Market

Selaku ahli PFM, andaakan dijemput untuk menyertai Film Marketdan dibantu bagi menentukan cara yang terbaik untuk memasarkan kandungandi peringkat domestik mahupun antarabangsa. Konsep berkumpulkan untuk memasarkan kandungan adalah menjimatkan kos persendirian dan menawarkan peluang yang lebih dalam akses pemasaran. Penyertaan anda adalah penting untuk memenuhi keperluan kandunganindustri tempatan.

5. Festival Filem /  Film Festival

PFM membantu ahli untuk menyertai 10 Filem Festival yang tersohor di peringkat domestic dan antarabangsa setiap tahun. Pendedahan ini amat penting terutamanya kepada ahli baru. 

6. Kredibiliti & Pendedahan / Gain Credibility & Exposure

Dengan menyertai PFM akanmemberikan anda kredibiliti profesionaldan pendedahan mengenai industri. Sila rujuk kepada senarai keahlian yang terdapat di laman web kami.

Manafaat Keahlian / Member Benefit

Manafaat sebagai ahli dalam PFM melibatkan anda dalam pelbagai organisasi yang memupuk kepimpinan industri perfileman dan kandungan kreatif Malaysia. Secara langsungnya perjuangan yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1981 memberi manafaat kepada ahli PFM baru menyertai. 

PFM menggunakan sumber pengalaman dan keahliannya untuk memanfaatkan semua pihak dengan membantu membimbing mereka yang akan bertanggungjawab untuk masa depan demi menjana pembangunan ekonomi Industri perfileman tempatan dan kandungan kreatif untuk Malaysia.

  1. Akreditasi / Accreditation

Keahlian PFM telah diiktiraf oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Sijil keahlian PFM boleh diguna bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Lesen FINAS kategori Pengeluaran Filem (PF) dan Pengedaran Filem (DF).   

2. Khidmat Perundingan Produksi / Production Consultancy Service.

PFM menyediakan khidmat perundingan secara percuma kepada ahli PFM yang memerlukan. Bagi memeriahkan lagi industri, PFM juga memainkan peranan sebagai perantara di antara ahli untuk menggalakkan ko-produksi di peringkat domestik dan antarabangsa.

3. Khidmat Perundingan Pembiayaan / Financing Consultancy Services

PFM menyediakan khidmat perundingan pembiayaan dan sentiasa mengikut perkembangan semasa mengenai peluang pembiayaan dari Kerajaan dan Swasta. Sebagai ahli PFM mempunyai peluang untuk menikmati pelaburan kandungan untuk TV Stesen dari Permodalan Penerbit Filem Malaysia Bhd (anak syarikat PFM).  

Keahlian PFM / PFM Memberships

Kategori Keahlian / Memberships

Ahli Biasa / Ordinary Member

  1. Setiap syarikat perfileman yang berdaftar di Malaysia yang modalnya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan pernah menerbitkan lima (5) filemcereka untuk tayangan di pawagam atau
  2. Setiap syarikat perfileman yang berdaftar di Malaysia yang modalnya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan pernah menerbitkan satu (1) filemcereka untuk tayangan di pawagam dan mendapat kelulusan khassebagai Ahli Biasa dari Jawatankuasa

Ahli Sekutu / Associate Member

  1. Setiap syarikat penerbitan yang berdaftar di Malaysia yang modalnya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan PERNAH menerbitkan kandungan untuk televisyen atau platform media lain dan kegiatan yang ada kaitan dengan industri penerbitan kandungan Malaysia.

Ahli Kehormat / Honorary Member

Syarikat atau individu yang dipilih oleh Jawatankuasa berdasarkan sumbangan besar kepada pembangunan industri perfileman dan kandungan Malaysia.

  1. Prosedur Keahlian / Membership Procedures
  • Semua permohonan untuk menjadi ahli PFM hendaklah dilakukandengan mengisi borang keahlian dan membayar yuran pendaftaran berjumlah RM500.00.
  • Permohonan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dalam masasebulan daripada tarikh penyerahan borang untuk kelulusan dankeputusan Jawatankuasa adalah muktamad.
  • Apabila permohonan untuk menjadi ahli telah diluluskan, yuran tahunan pertama mestilah dijelaskan dalam masa satu bulan daripada tarikhkelulusan.
  • Permohonan yang ditolak akan diberitahu secara bertulis dan wangpendaftaran akan dikembalikan dalam tempoh dua minggu.
  • Setiap permohonan yang diluluskan akan diiktiraf keahliannya sebaiksahaja ke semua yuran tahunannya dijelaskan.

2. Tatatertib / Disciplinary

Ahli dikehendaki patuh kepada semua perkara yang termaktub di dalam

PERLEMBAGAAN dan akan pada setiap masa mendukung cita-cita dan tujuan PFM, serta tidak melakukan sesuatu yang bercanggah.

  1. Hak Asasi Ahli / Member Right:-
  • Ahli Biasa sahaja yang mempunyai kuasa dan hak mengundi.
  • Semua ahli berhak dipilih untuk menduduki kerusi Jawatankuasa dengansyarat tidak memegang jawatan di mana-mana persatuan atau organisasiperfileman lain yang pada pendapat Jawatankuasa yang sedia ada bolehmenimbulkan pertentangan kepentingan dengan kedudukkannya sebagaiAhli Jawatankuasa. Sekiranya Ahli Biasa yang dilantik sebagaiJawatankuasa:

i. dikenal pasti sebagai telah dan masih menyandang apa-apa jawatandi dalam mana-mana persatuan atau organisasi perfileman; atau

ii. memilih atau dipilih untuk memegang jawatan di mana-manapersatuan atau organisasi perfileman lain.

Yang pada pendapat Jawatankuasa boleh menimbulkan pertentangankepentingan maka Ahli Biasa tersebut mestilah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa sekiranya di arah untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa melalui satu notis bertulis kepada Ahli Biasa tersebut. Sekiranya Ahli Biasa tersebut gagal atau enggan untuk melepaskan jawatannya di dalam tempoh masa yang diberikan di dalam notis bertulistersebut maka Jawatankuasa berkuasa dan berhak untuk

menggugurkannya sebagai ahli Jawatankuasa melalui satu notis bertuliskedua yang akan berkuatkuasa serta-merta dari tarikh penerimaan notis bertulis kedua tersebut.

(c)     Semua ahli berhak membawa usul di dalam Mesyuarat Agung Tahunan,dengan syarat mereka hendaklah menyampaikan usul itu secara rasmi kepada Setiausaha Kehormat, tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung diadakan.

(d)     Ahli diberi hak untuk mengambil bahagian dalam bidang dalam sebarangusaha dan rancangan yang diusahakan dan dijalankan oleh PFM, dengansyarat mereka akan dapat memberi sumbangan yang positif.

Yuran / Fees

  • Yuran Pendaftaran: Yuran pendaftaran bagi Ahli Biasa dan Ahli Sekutu ialah RM500.00 yang akan dibayar apabila memohon keahlian. Bayaranini tidak dikembalikan kecuali permohonan untuk menjadi ahlliditolak/tidak berjaya.
  • Yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM300.00 yang akan dibayar terdahulu sebelum penerimaan keahliannya dilakukan dalam buku Daftar Keahlian.
  • Yuran tahunan bagi Ahli Sekutu ialah RM200.00 yang akan dibayar terdahulu sebelum penerimaan keahliannya dilakukan dalam buku Daftar Keahlian.
  • Ahli Kehormat dikecualikan daripada sebarang yuran.
  • Semua yuran tahunan hendaklah dibayar/dijelaskan dalam bulan Januari setiap tahun.

Tunggakkan Bayaran Yuran / Arrears Fees:-

  • Ahli yang tidak membayar yuran bagi sesuatu tahun pada selewat lewatnya 31hb. Mac tahun tersebut, akan dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli dan namanya akan dikeluarkan daripada Daftar Keahlian.
  • Ahli yang gagal membayar yuran mengikut tempoh tidak layak menghadiri Mesyuarat Agung atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti PFM.

Menarik Diri Menjadi Ahli

Ahli berdaftar yang ingin menarik diri daripada PFM hendaklah memberiNotis 14 hari secara surat rasmi berdaftar kepada Setiausaha Kehormat.